PENGURUSAN KELAPA SAWIT

  Pada masa kini, negara barat sentiasa melontarkan pandangan negatif terhadap pengurusan minyak sawit tempatan. Mereka mendakwa bahawa kelapa sawit merupakan punca utama masalah alam sekitar seperti pembebasan co2, pencemaran sistem saliran, sungai dan lain-lain. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang dititik-beratkan untuk menolak dakwaan tersebut :

1) Penggunaan Tanah

-Menurut Dr Ahmad Parveez, AS dan Eropah hanya mahu mempertahankan ekonomi mereka kerana minyak sayuran yang dikeluarkan oleh petani di sana menerima jumlah subsidi yang lebih besar. Kos penghasilan minyak mereka juga jauh lebih tinggi. Kos kita lebih rendah kerana produktiviti penghasilan minyak sawit lapan kali ganda lebih tinggi berbanding negara lain. Oleh itu, mereka tiada pilihan lain dan menggunakan isu alam sekitar untuk menjatuhkan industri sawit di negara ini. Menurut beliau, penebangan hutan untuk penanaman sawit tidak memberi kesan terhadap alam sekitar. Hal ini kerana, apabila kajian terperinci dilakukan, kerajaan masih mengekalkan 50 peratus kawasan hutan sesuai selaras dengan Perisytiharan Rio bagi Alam Sekitar dan Pembangunan. Di sini jelas menunjukkan bahawa negara sentiasa mengambil langkah bersedia dengan meminimumkan penggunaan tanah bagi penanaman kelapa sawit. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

2) Sisa Buangan Air dan Sisa Minyak Sawit

- Masalah yang kritikal dalam pemprosesan minyak kelapa sawit adalah pengurusan buangan hasil pembuatan minyak kelapa sawit itu sendiri. Sisa-sisa itu mengandungi sejumlah besar sisa pepejal dan sisa air tercemar itu yang dikenali sebagai effluen kilang minyak kelapa sawit atau POME.
  Effluen ini akan menyebabkan pencemaran alam yang serius sekiranya tidak dirawat dan dibebaskan berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Oleh itu, sistem rawatan menggunakan kolam merupakan cara yang paling kerap digunakan untuk merawat sisa kelapa sawit. Tidak dinafikan POME merupakan penyumbang utama pencemaran di negara ini. Atas dasar itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menguatkuasakan undang-undang dimana sisa yang dilepaskan haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan. Oleh itu, rawatan POEM menerusi teknologi anaerobik yang merupakan kaedah alternatif, menunjukkan peratusan yang tinggi untuk mengekang masalah pencemaran.

.          (Kaedah Anaerobik)

3) Kualiti Udara

i) Pembebasan asap kilang pemprosesan kelapa sawit.
ii) Pembakaran ladang kelapa sawit

- Perkara yang dinyatakan di atas merupakan antara penyumbang utama penurunan kualitit udara. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisatif untuk mengatasi masalah tersebut :
  •meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletakkan penapis asap. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah pun dirawat. Pihak pengilang yang ingkar boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
  •Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.
 
. ( Hasil minyak sawit sisa sifar )

    Konklusinya, pihak kerajaan telah berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar kesan daripada pemprosesan kelapa sawit. Oleh itu, industri minyak sawit seharusnya diteruskan kerana bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat, namun menjana pendapatan negara.

Rujukan :
1)  https://www.sinarharian.com.my/article/104181/BERITA/Nasional/Minyak-sawit-negara-terus-jadi-ancaman-kepada-Eropah-AS

2) 
https://www.researchgate.net/publication/256492916_KEBERKESANAN_RAWATAN_KUMBAHAN_SISA_KELAPA_SAWIT_MENGGUNAKAN_TEKNOLOGI_KUMBAHAN_SIFAR

3) 
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-pencemaran-udara-dan.html?m=1

Comments